welcome to my profile ^___^

2012年9月25日星期二

Lagu Sekolah


Lagu Sekolah

Inilah ikrar kami pelajar
Berbakti pada nusa
Hormat guru ibu bapa
Menjaga nama sekolah

Pelajaran tangga kejayaan
Penyuluh hidup mulia
Pelajaran tangga kejayaan
Penyuluh hidup mulia

Inilah ikrar kami pelajar
Berbakti pada nusa
Hormat guru ibu bapa
Menjaga nama sekolah

VISI & MISI SEKOLAH SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR


(LOGO SEKOLAH)

VISI
SMK Datuk Haji Abdul Kadir menjadi sekolah cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah menjelang tahun 2015

MISI
Bersungguh-sungguh :
a. Menggembleng segala usaha semua pihak ke arah kecemerlangan akademik
b. Mewujudkan suasana persekolahan yang kondusif dan terbaik
c. Menggalakkan penglibatan yang aktif dalam bidang kokurikulum
d. Memupuk dan menekankan pembinaan sahsiah serta disiplin terpuji
Semua yang tersebut dapat dicapai dengan kerjasama dan komitmen oleh semua warga sekolah serta masyarakat sekitar

COGAN KATA
Pelajaran Tangga Kejayaan

PIAGAM PELANGGAN
Kami, warga Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir dengan penuh tekad, berazam dan berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
 Memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada semua pelajar,
 Menyediakan pelajar-pelajar dengan ilmu pengetahuan yang lengkap berpandukan sukatan pelajaran,
 Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif serta merangsang kreativiti dan budaya kerja berkualiti,
 Memberi peluang latihan kepada semua guru untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahran  
    sekurang-kurangnya sekali setahun
 Menyediakan latihan dan kemudahan untuk meningkatkan kemahiran kepada komuniti sekolah

KEBANGGAAN SEKOLAH KITA

KEBANGGAAN SEKOLAH KITA





Pada awalnya dikenali sebagai Kepala batas Secondary School.Pada peringkat awal penubuhannya iaitu pada tahun 1961, jumlah pelajar hanya lah 142 pelajar.Sekolah ditukarkan namanya kepada Sekolah Datuk Haji Abdul Kadir sempena nama seorang tokoh tempatan iaitu Tuan Haji Abdul Kadir Bin Haji Hassan. Perasmian sekolah telah dilaksanakan oleh YAB Dato' Musa Hitam ( Menteri Pendidikan ketika itu) pada hari Rabu, 24 September 1980.